TeMpAHan KoLaM

Kolam Pancing Joran Terjun menyediakan perkhidmatan menyewa kolam dalam menganjurkan pertandingan memancing di Kolam Pancing Joran Terjun. Sehubungan dengan itu, pihak Joran Terjun mengajak dan mengalu-alukan syarikat swasta, agensi kerajaan, pertubuhan, persatuan, kelab dan sebagainya untuk menganjurkan pertandingan di Kolam Pancing Joran Terjun. Informasi mengenai Tempahan di Kolam Pancing Joran Terjun. Anda boleh datang mengunjungi Kolam Pancing Joran Terjun untuk berjumpa dengan pihak pengurusan Joran Terjun.

Di sini anda boleh membuat perbincangan dan perundingan dengan pihak pengurusan kolam. Oleh yang demikian, pihak kami akan memberi komitmen yang tinggi dari segi pengurusan kepada anda.
Selain itu, untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai pertandingan memancing daripada pihak tuan/puan, anda boleh menghubungi pihak kami di talian 019-2054447 ( En. Zulkifli atau ) 013-2452056 (Cik Normala). Perbincangan yang dibuat daripada pihak tuan/puan dan pihak kami dapat menjanjikan keputusan yang terbaik.

Harga Sewaan Kolam?
Pihak Kolam Pancing Joran Terjun mengenakan kadar bayaran sewa kolam yang amat berpatutan dan berbaloi-baloi. Kadar harga menyewa kolam untuk menganjurkan pertandingan memancing adalah seperti di bawah :-

KOLAM BESAR DAN KECIL


Bilangan peserta memancing minima 100 orang.
  • Bayaran RM20.00 untuk satu joran
  • Tempoh pertandingan 5 jam. Masa tertakluk kepada perbincangan pihak tuan/puan dengan penganjur pertandingan.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan :-

  • Menyediakan P.A sistem.
  • Mempunyai tempat letak kereta.
  • Permandangan semulajadi yang menarik

GaLeRi KoLAm



pacu...ohhh....pacu



dengan berbekalkan wang syiling yang dikumpul sekian lama...
akhirnya tercapai juga hasratnya untuk memancing....



biasanyer 'otai' jarang pulang dengan tangan kosong....
klu anda nk tau 'otai' nie kaki rohu...



kelihatan pekerja kami sedang mencari
joran pusaka pemancing yang telah terjun...



ader juga pemancing bagaikan "menatang minyak yg penuh"...
syg punya pasal...



senyuman kemenangan setelah berjaya menewaskan ikan rohu...
berat kira2 10 kg..


dgn pancing keramat..
haji mat telah dpt habuan...
cube anda teka ikan aper??



posing dari kaki pancing
sblm bawa ikan untuk ditimbang



kucing pun xtahan tgk ikan si apek ni dapat....



ikan hiasan di kolam kami!!!!



riak wajah pemancing yg pertama kali
memasuki jackport bulanan



Nasrom dan Yan dengan habuan masing2



keghairahan menewaskan ikan talapia dan rohu



Ini adalah Ibu segala Belida di Kolam ini.....



Yang Bertopi Biru Adalah Otai
Kolam Pancing Joran Terjun
dengan mottonya "pantang jatuh...."



Otai Ikan Air TawaR (Kelah Biru)